Pelan jangka panjang kami adalah mewujudkan sebuah platform eCommerce B2B ("business-to-business") berdasarkan konsep dropship. Kami telah membina jenama Dropshipking.co berdasarkan pelan tersebut selari dengan matlamat kami untuk menjadi sistem dropship No. 1 di Malaysia.
Platform B2B tersebut akan beroperasi seperti Perkhidmatan Pengurusan yang kami jalankan sekarang. Kehadiran platform ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses-proses sedia ada pada Perkhidmatan Pengurusan dan memberikan segala maklumat serta fungsi dihujung jari pada bila-bila masa.
Berikut adalah ciri-ciri utama Platform eCommerce B2B yang akan dibangunkan kelak.
Fungsi sistem termasuk direktori produk, proses pesanan, proses penghantaran, proses maklumbalas, analisa jualan dll.
Bina rangkaian pengedaran dan jana pendapatan pasif bulanan melalui komisen tajaan sehingga 70%
Dapatkan laman web eCommerce lengkap beserta produk jualan kurang dari 5 minit
Sistem Pembayaran Tertutup bagi tujuan aktiviti debit (pendapatan pasif) & kredit (pembayaran produk)
Maklumat & analisa jualan boleh dijana pada bila-bila masa
Applikasi telefon pintar di Apple AppStore & Google Play Store
Sebarang pertanyaan mengenai platform eCommerce B2B atau jika ingin membuat pra-pendaftaran