Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya, notis ini adalah dikeluarkan kepada semua pelanggan dan/atau bakal pelanggan kami yang dihargai untuk menerangkan hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang kami telah dan/atau akan mengutip, mengumpul dan/atau memproses.


Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi

Kami telah dan akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk urusan anda, pada masa kini atau masa depan, dengan Dropshipking.co yang beroperasi di bawah syarikat Nikmat Anugerah Sdn Bhd (1051258-V), anak syarikat, syarikat bersekutu dengannya, rakan kongsi usaha samanya, termasuk semua pemegang saham, pengarah, pekerjanya, pembekal, kontraktor dan/atau orang yang dibenarkan ("kami", atau "Syarikat"). Data peribadi anda membolehkan kami mencapai Tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan disini yang berkaitan dengan perniagaan kami.


Sifat Data Peribadi

Data peribadi yang anda berikan termasuk tanpa tidak terhad kepada nama, umur, nombor kad pengenalan atau nombor paspot, alamat surat menyurat, alamat pejabat, jantina, tarikh lahir, maklumat kenalan, termasuk alamat e-mel, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor faks, dan nombor telefon pejabat.


Tujuan-Tujuan

Kami mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan termasuk tanpa terhad kepada yang berikut:

  • Untuk menghantar produk yang telah anda tempah dari Dropshipking.co
  • Untuk memaklumkan kepada anda tentang penghantaran produk serta untuk tujuan sokongan pelanggan
  • Untuk memberikan anda maklumat produk yang relevan
  • Untuk memproses tempahan anda dan untuk memberikan anda maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web kami serta menurut permintaan anda
  • Selain itu, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk menguruskan akaun anda bersama kami; pengesahan dan menjalankan transaksi kewangan yang berkaitan dengan pembayaran yang anda buat secara online; membuat audit terhadap muat turun data dari laman web kami; menambah baik susun atur dan/atau isi kandungan halaman untuk laman web kami sesuai untuk pengguna; mengenalpasti pelawat di laman web kami; menjalankan kajian berkenaan dengan demografi pengguna; menghantar kepada anda maklumat yang kami rasakan berguna atau seperti yang anda minta dari kami, termasuk maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami, dengan syarat anda menyatakan bahawa anda tidak menolak dari dihubungi untuk tujuan ini
  • Prosedur pengurusan hubungan pelanggan yang kami fikir perlu dan patut;
  • Pemprofilan aktiviti-aktiviti pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami;
  • Komunikasi dengan anda dan penyampaian maklumat melalui e-mel, secara telekomunikasi, termasuk panggilan telefon atau mesej teks atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan dan/atau ditawarkan oleh Kelas Pihak Ketiga seperti yang dinyatakan di sini;
  • Program kesetiaan pelanggan;
  • Tujuan-tujuan lain yang diperuntukkan dalam perkhidmatan atau produk khusus yang kami tawarkan/menawarkan;
  • Rekod Dalaman & Luaran (Pemasaran)
    • Pemasaran produk/perkhidmatan kami kepada anda sama ada pada masa kini atau masa depan;
    • Bagi tujuan-tujuan yang berkaitan dengan mana-mana di atas, termasuk tanpa terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan analisisa statistik;
    • Penyimpanan rekod dalaman;

  • Pematuhan Undang-Undang
    • Pencegahan, penghalangan, laporan bagi apa-apa jenayah termasuk tanpa terhad kepada penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram; dan
    • Pematuhan kepada mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan / produk kami dan untuk mendedah di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, perintah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami atau mana-mana anak syarikat, syarikat-syarikat berkaitan dalam kumpulan kami.


Sumber

Sumber-sumber data peribadi anda yang kami perolehi termasuk tanpa terhad kepada borang tempahan, borang pendaftaran, borang atas talian, perjanjian yang anda tandatangani, kad nama atau mana-mana bahan pengenalan yang anda sampaikan secara sukarela; dan direktori perniagaan atau senarai yang anda telah melanggan untuk berkongsi maklumat anda dan lain-lain.


Kelas Pihak Ketiga

Dropshipking.co tidak akan menjual, berkongsi atau meniagakan maklumat peribadi pelanggan yang dikumpul secara online bersama pihak ketiga. Maklumat peribadi yang dikumpul secara online hanya akan didedahkan kepada kumpulan korporat untuk kegunaan dalaman sahaja.

Kami mungkin akan memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga untuk tujuan penghantaran produk kepada anda (seperti contoh kepada kurier atau pembekal kami).

Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di laman web Dropshipking.co, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar bahan pemasaran dan/atau promosi kepada anda dari masa ke masa. Anda boleh menghentikan langganan bagi maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsian berhenti melanggan dari bahan pemasaran elektonik tersebut.

Pembayaran yang anda buat melalui laman web ini akan diproses oleh kami atau agen kami. Anda mesti hanya menghantar kepada kami atau agen kami atau maklumat laman web ini di mana ianya adalah tepat dan tidak mengelirukan dan anda perlulah sentiasa peka terhadap perkara ini dan maklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan.

Butiran sebenar tempahan anda boleh kami simpan tetapi disebabkan oleh tujuan keselamatan, tidak boleh diambil secara terus oleh kami. Bagaimanapun, anda boleh akses maklumat ini apabila anda log masuk ke dalam akaun anda di laman web ini. Di sini anda boleh melihat butiran tempahan anda yang telah dibuat, yang telah sampai dan juga yang akan dihantar serta menguruskan butiran alamat dan bank anda selain mana-mana buletin yang telah anda langgan. Anda mengakui untuk menganggap data akses peribadi ini sebagai sulit dan tidak akan memberi sebarang maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana liabiliti bagi penyalahgunaan kata laluan melainkan penyalahgunaan ini adalah salah kami.

Mana-mana pihak mendedahkan/melakukan pendedahan adalah diwajib atau dikehendaki di bawah undang-undang atau sebagai tindakbalas kepada pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan, pengawal selia industri , agensi penguatkuasa, pihak berkuasa berkanun, mahkamah, tribunal, pusat timbang tara, pesuruhjaya atau majlis atau persatuan undang-undang yang diberi kuasa oleh undang-undang.


Kewajipan Anda

Adalah wajib bagi anda untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami dengan kaedah yang paling tepat.

Kegagalan untuk membekalkan dan bersetuju dengan Pemprosesan Data Peribadi berhubung dengan Tujuan akan:

  1. menyebabkan kami tidak dapat menyediakan anda (iaitu pelanggan / bakal pelanggan) dengan maklumat, notis, perkhidmatan dan / atau produk yang dikehendaki;
  2. menyebabkan kami dan / atau pihak-pihak ketiga yang terpilih gagal untuk menghantar sebarang informasi melalui e-mel, telekomunikasi (panggilan telefon dan mesej teks) atau melalui media sosial mengenai produk dan perkhidmatan berkaitan dan tidak berkaitan yang ditawarkan oleh kami dan rakan kongsi perniagaan kami yang mungkin menarik minat anda.

Hak-Hak Anda

Hak mengakses kepada data peribadi

Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di laman web Dropshipking.co. Anda berhak untuk mengakses data peribadi anda yang kami kumpul dan proses menyampaikan notis yang munasabah.


Hak menghadkan pemprosesan data peribadi anda

Anda berhak untuk membuat pembetulan data peribadi anda yang kami kumpul dan proses dengan menyampaikan notis yang munasabah. Berkenaan dengan ini, anda boleh:

  • membuat pembetulan dan/atau kemaskini data peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau tidak dikemaskini; dan
  • meminta untuk menyimpan data peribadi anda untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan dalam klausa 3 (Tujuan-Tujuan) disini.

Mengikut Akta Perlindugan Peribadi 2010 di Malaysia, dan tidak terhad kepada undang-undang lain, kami akan:

  1. Mengenakan bayaran atas proses permintaan anda untuk mengakses atau pembetulan kepada maklumat perbadi; dan
  2. Menolak permintaan anda untuk mengakses atau melakukan sebarang pembetulan kepada maklumat peribadi

Hak menghadkan pemprosesan data peribadi anda

Anda berhak untuk menghadkan pemprosesan data peribadi anda dengan permohonan untuk menarik balik kebenaran anda sepenuhnya dalam setiap kes sebelum ini, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung dan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang, syarat-syarat kontrak dan dalam tempoh masa yang munasabah. Anda boleh memilih untuk keluar daripada menerima sebarang bentuk komunikasi daripada kami pada bila-bila dengan klik pada "pautan hentikan langganan" pada pilihan e-mel yang berkaitan.


Butir-butir hubungan untuk membuat pertanyaan dan aduan mengenai data peribadi

Jika anda ingin melaksanakan hak-hak anda di sini untuk membuat pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda, polisi, prosedur berhubung dengan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami seperti berikut:

  • No. Telefon: +6011 1183 8965
  • Alamat e-mel: admin@dropshipking.co
  • Alamat pos: Unit 23-3A, Oval Damansara, Jalan Damansara, 60000 Kuala Lumpur

Maklumat-Maklumat Lain

Anda boleh melawat laman web kami http://dropshipking.co/privacy untuk mengetahui dasar privasi kami dengan lebih lanjut.