Soalan Lazim

Soalan-soalan berkenaan sistem dropship & pelbagai aspek Dropshipking.co

dropshipking.co adalah sebuah platform eCommerce B2B yang memberi fokus kepada penggunaan sistem dropship. Platform ini dibina khas bagi penggiat dropship tidak kira sebagai pedagang (Merchant) atau agen (Agent).

Misi kami di dropshipking.co adalah untuk memberikan perkhidmatan lengkap bagi sesiapa sahaja untuk memulakan perniagaan online tidak kira secara sepenuh masa atau separa masa. Bagi memastikan proses jualan dapat dilakukan pada bila-bila masa, dimana jua, kami membangunkan platform ini dengan pendekatan mobile friendly supaya pelanggan, agen dan pedagang boleh melakukan segala aktiviti perniagaan atas telefon pintar atau gadjet tablet.

Jika anda seorang agen dropship, keahlian sebagai Agent akan memberikan anda akses kepada sebuah platform eCommerce lengkap dengan ciri-ciri seperti kedai online, pemilihan produk-produk dropship dari pelbagai kategori, sistem pesanan dan inventori yang lengkap. Aktiviti anda sebagai agen adalah hanya mempromosikan kedai online anda dan memproses bayaran dari pelanggan anda.

Jika anda seorang product owner (mempunyai produk sendiri) atau pemborong, keahlian sebagai Merchant akan memberikan anda akses seperti ahli Agent juga beserta pasukan jualan anda sendiri (terdiri daripada ahli Agent) yang akan mempromosikan barangan anda dalam kedai online mereka.

Aktivti anda sebagai pedagang adalah mengemaskini inventori produk dan proses penghantaran produk yang dipesan oleh pelanggan ahli-ahli Agent.

Dropship adalah sebuah konsep jualan yang semakin popular di Malaysia. Penggunaan sistem dropship pada suatu perniagaan membolehkan anda sebagai produk owner untuk mendapatkan jualan yang berlipat ganda dari usaha pemasaran agen-agen dropship anda.

Pelanggan akan melawati kedai online agen dropship, membuat pesanan dan pembayaran kepada agen dropship dengan harga jualan runcit.

Kemudian, agen dropship akan memeriksa inventori produk yang dipesan dari pedagang (untuk pastikan stok masih ada), membuat pesanan dan pembayaran kepada pedagang dengan harga agen.

Pedagang akan melakukan proses pembungkusan dan penghantaran terus kepada pelanggan dengan menggunakan nama & alamat agen sebagai maklumat penghantar.

Secara lazimnya proses di atas dibuat secara manual tanpa menggunakan sebarang sistem. Dengan penggunaan platform dropshipking.co, kami telah mengautomasikan proses-proses tersebut bagi mempercepatkan & memudahkan pelanggan, agen dan pedagang dalam sebuah platform tunggal.

Pemberian margin keuntungan yang tinggi kepada agen dropship adalah kunci untuk memastikan produk anda sentiasa menjadi pilihan agen untuk dipromosikan oleh mereka.

Ahli Agent adalah mereka yang berminat untuk membuat aktiviti pemasaran dan promosi sahaja.

Ahli Agent fokus kepada aktiviti jualan dan khidmat pelanggan.

Seperti ahli Merchant, ahli Agent akan mendapat kedai online sendiri dan mempunyai akses kepada katalog produk jualan ahli Merchant.

Ahli Agent boleh memilih sama ada ingin memuat naik produk sendiri kepada kedai online mereka atau memilih dari katalog produk.

Ahli Agent adalah agen dropship kepada ahli Merchant.

Jika anda penggiat kedai online sepenuh masa, keahlian Agent sesuai untuk anda.

Ahli Merchant adalah mereka yang ingin meningkatkan jumlah jualan mereka melalui agen-agen dropship bagi produk mereka.

Ahli Merchant akan mendapat akses penuh kepada platform dropshipking.co dan tiada had pada jumlah produk yang ingin di muat naik ke kedai online mereka.

Setiap produk yang di muat naik hendaklah mempunyai dua harga, harga jualan runcit & harga jualan agen dropship.

Pemberian diskaun agen yang tinggi digalakkan bagi memastikan keuntungan runcit yang diterima oleh agen dropship berbaloi.

Jika anda mempunyai produk sendiri atau pemborong yang aktif, keahlian Merchant adalah yang terbaik.