Kami serius terhadap privasi pelanggan kami dan kami hanya mengumpul dan mengguna maklumat peribadi anda seperti yang digariskan di bawah.

Perlindungan data diambil kira sebagai amanah dan privasi anda adalah amat penting bagi kami. Kami dengan ini hanya menggunakan nama anda serta maklumat lain, yang berkaitan dengan anda berdasarkan apa yang termaktub dalam Dasar Privasi ini. Kami hanya akan mengumpul maklumat yang dirasakan perlu bagi kami dan hanya akan mengumpul maklumat jika ianya relevan terhadap urusan kami bersama anda.

Kami hanya akan menyimpan maklumat anda sekiranya sama ada kami perlu atas sebab undang-undang atau ianya relevan dengan tujuan pengumpulan tersebut.

Anda boleh melayari laman web ini tanpa perlu memberikan maklumat peribadi. Ketika lawatan anda di laman web ini, anda kekal tidak bernama dan kami tidak akan mengenalpasti diri anda melainkan anda mempunyai akaun di laman web ini dan log masuk bersama nama pengguna anda berserta kata laluan.

Jika anda mempunyai sebarang komen atau cadangan, kami berbesar hati untuk menerima kesemuanya di alamat kami atau dengan menghantar emel kepada kami di admin@dropshipking.co.


Pengumpulan Maklumat Peribadi

Dropshipking.co tidak akan menjual, berkongsi atau meniagakan maklumat peribadi pelanggan yang dikumpul secara online bersama pihak ketiga.

Apabila anda membuat akaun Dropshipking.co, maklumat peribadi yang kami kumpulkan adalah seperti berikut:

  • Nama Penuh
  • Alamat Emel
  • Nombor Telefon Bimbit
  • Nama Perniagaan
  • Alamat Perniagaan

Maklumat peribadi yang kami kumpul daripada anda akan digunakan dalam beberapa atau semua cara berikut:

  • Untuk menghantar produk yang telah anda tempah dari Drosphipking.co
  • Untuk memaklumkan kepada anda tentang penghantaran produk serta untuk tujuan sokongan pelanggan
  • Untuk memberikan anda maklumat produk yang relevan
  • Untuk memproses tempahan anda dan untuk memberikan anda maklumat dan perkhidmatan yang ditawarkan melalui laman web kami serta menurut permintaan anda
  • Selain itu, kami akan menggunakan maklumat yang anda berikan untuk menguruskan akaun anda bersama kami; pengesahan dan menjalankan transaksi kewangan yang berkaitan dengan pembayaran yang anda buat; membuat audit terhadap muat turun data dari laman web kami; menambah baik susun atur dan/atau isi kandungan halaman untuk laman web kami sesuai untuk pengguna; mengenalpasti pelawat di laman web kami; menjalankan kajian berkenaan dengan demografi pengguna; menghantar kepada anda maklumat yang kami rasakan berguna atau seperti yang anda minta dari kami, termasuk maklumat tentang produk dan perkhidmatan kami, dengan syarat anda menyatakan bahawa anda tidak menolak dari dihubungi untuk tujuan ini

Kami mungkin akan memberikan nama dan alamat anda kepada pihak ketiga untuk tujuan penghantaran produk kepada anda (seperti contoh kepada kurier atau pembekal kami).

Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di laman web Dropshipking.co, kami juga akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk menghantar bahan pemasaran dan/atau promosi kepada anda dari masa ke masa. Anda boleh menghentikan langganan bagi maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsian berhenti melanggan dari bahan pemasaran elektonik tersebut.

Pembayaran yang anda buat melalui laman web ini akan diproses oleh kami atau agen kami. Anda mesti hanya menghantar kepada kami atau Agen kami atau maklumat laman web ini di mana ianya adalah tepat dan tidak mengelirukan dan anda perlulah sentiasa peka terhadap perkara ini dan maklumkan kepada kami jika terdapat sebarang perubahan.

Butiran sebenar tempahan anda boleh kami simpan tetapi disebabkan oleh tujuan keselamatan, tidak boleh diambil secara terus oleh kami. Bagaimanapun, anda boleh akses maklumat ini apabila anda log masuk ke dalam akaun anda di laman web ini. Di sini anda boleh melihat butiran tempahan anda yang telah dibuat, yang telah sampai dan juga yang akan dihantar serta menguruskan butiran alamat dan bank anda selain mana-mana buletin yang telah anda langgan. Anda mengakui untuk menganggap data akses peribadi ini sebagai sulit dan tidak akan memberi sebarang maklumat tersebut kepada pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran. Kami tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana liabiliti bagi penyalahgunaan kata laluan melainkan penyalahgunaan ini adalah salah kami.


Mengemaskini Maklumat Peribadi Anda

Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengakses akaun anda di laman web Dropshipking.co


Keselamatan Maklumat Peribadi Anda

Dropshipking.co memastikan bahawa setiap maklumat yang dikumpul akan disimpan secara selamat dan terlindung. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan:

  • Menyekat akses ke maklumat peribadi
  • Menyenggara produk teknologi bagi mengelakkan akses komputer yang tidak diberi kebenaran
  • Memusnahkan maklumat peribadi anda secara selamat apabila ianya tidak diperlukan bagi tujuan penyimpanan rekod kami

Dropshipking.co menggunakan teknologi penyulitan 128 - bit SSL (secure sockets late) apabila memproses butiran kewangan anda, jika ada. Penyulitan 128-bit SSL dijangkakan mengambil masa sekurang-kurangnya satu trillion tahun sebelum ianya rosak, sebagai standard industri.


Pendedahan Maklumat Peribadi

Kami tidak akan berkongsi maklumat anda bersama mana-mana organisasi selain daripada syarikat yang telibat, anak syarikat dan pihak ketiga yang terlibat secara terus bagi penghantaran produk yang telah anda tempah dari laman web Dropshipking.co. Dalam hal keadaan yang terkecuali, Dropshipking.co mungkin perlu mendedahkan maklumat peibadi, sepeti apabila terdapat sebab untuk mempercayai bahawa pendedahan tersebut adalah perlu untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau untuk tujuan pihak berkuasa. Dropshipking.co komited dalam mematuhi Akta Privasi PDPA 2010 dan prinsip Privasi Nasional.

Kami bagaimanapun boleh menggunakan maklumat hubungan anda untuk menghantar buletin dari kami serta syarikat berkaitan.

Jika anda percaya bahawa privasi anda telah dilanggar oleh Dropshipking.co, sila hubungi kami di admin@dropshipking.co dan kami akan menyelesaikan isu tersebut.


Pengumpulan Data Komputer

Apabila anda melayari Dropshipking.co, server syarikat kami secara automatik akan merekod maklumat yang dihantar penyemak imbas anda setiap kali anda mana-mana laman web. Data ini mungkin termasuk:

  • Alamat IP komputer anda
  • Jenis penyemak imbas
  • Laman web yang anda layari sebelum anda datang ke laman web kami
  • Halaman di laman web Dropshipking.co yang anda lawati
  • Tempoh masa yang diluangkan di halaman tersebut, barangan dan maklumat yang dicari di laman web kami, masa dan tarikh akses serta statistik lain.

Maklumat ini dikumpul untuk analisis dan penilaian bagi tujuan untuk membantu kami menambah baik laman web kami serta perkhidmatan dan produk yang kami sediakan. Data ini tidak akan digunakan bersama maklumat peribadi yang lain.

Selain daripada di atas, Dropshipking.co juga menggunakan aplikasi Google Analytics yang berdasarkan Display Advertising, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut: Remarketing, Google Display Network Impression Reporting , DoubleClick Campaign Manager integration , Google Analytics Demographics dan Interest Reporting. Dengan menggunakan Google Ads Settings (https://www.google.com/settings/ads), anda boleh memilih untuk keluar dari Google Analytics untuk aplikasi Display Advertising dan tetapan semula Google Display Network ads.

Dropshipking.co juga menggunakan aplikasi Remarketing dan Google Analytics untuk pengiklanan secara online; pembekal pihak ketiga, termasuk Google, juga untuk pengiklanan Dropshipking.co di laman Internet. Dropshipking.co dan pembekal pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan cookies pihak pertama (seperti Google Analytics cookie) dan cookies pihak ketiga (seperti DoubleClick cookie) ia berfungsi untuk memberitahu, mengoptimumkan, dan menyediakan iklan berdasarkan kunjungan pelawat ke laman web Dropshipking.co, serta melaporkan prestasi iklan, kegunaan lain perkhidmatan iklan, dan interaksi berkaitan iklan dan juga perkhidmatan iklan yang berkaitan dengan lawatan ke laman web Dropshipking.co.


Pindaan Terhadap Dasar Privasi

Dropshipking.co berhak untuk mengubah suai dan meminda Dasar Privasi pada bila-bila masa. Sebarang perubahan terhadap polisi ini akan disiarkan di laman web kami.


Aduan Berkenaan Pelanggaran Privasi

Jika anda tidak berpuas hati dengan cara kami mengendalikan pertanyaan atau aduan anda, sila hubungi kami di admin@dropshipking.co.


Notis Data Peribadi

Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya, notis ini adalah dikeluarkan kepada semua pelanggan dan/atau bakal pelanggan kami yang dihargai untuk menerangkan hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang kami telah dan/atau akan mengutip, mengumpul dan/atau memproses.

Sila lihat Notis Data Peribadi di sini untuk maklumat lebih lanjut.